KAJI SELIDIK UMUM
OPK Inter-Corporation Sdn Bhd telah didaftar dengan rasminya pada 22hb Oktober 1994 dan mula beroperasi pada tahun 1996 dengan kurang daripada 10 orang pekerja. Pada masa kini, kami mempunyai sepasukan pekerja berdedikasi yang merangkumi lebih daripada 50 orang pekerja mahir dalam pengeluaran “Lift Tables, Drum Handling Equipments, Hydraulic Stackers, Hand Pallet Trucks, Motor Bike Lifters” dan lain-lain terutama untuk pasaran luar negara. Kami berusaha seberapa daya untuk membekalkan pelanggan kami dengan sebuah tempat kerja yang selamat dan cekap serta penjimatan masa dan perbelanjaan. Selaras dengan iltizam kami terhadap mutu, OPK Inter-Corporation telah memperolehi sijil ISO 9002 pada tahun 2000, sijil ISO 9001 pada tahun 2002 dan sijil ISO 14001 pada tahun 2007. Jaminan diberi kepada pelanggan kami terhadap mutu dan keyakinan pada tahap yang tertinggi serta kepercayaan untuk barang pengeluaran kami dalam bentuk piawai dan tempahan khas.
“Let Our Products Present Happiness to the People” ialah mutu matlamat syarikat kami yang bermaksud kami membekalkan cara penyelesaian yang terbaik, barangan yang bermutu tinggi, dan penghantaran mengikut jadual kepada pelanggan kami.

