You are here: Home
E-mail Print PDF
Terjemahan Bahasa:
enidzhja
Profil Syarikat
OIC-FactoryOPK Inter-Corporation ialah anak syarikat Okudaya Giken Co. Ltd,. pengeluar, ‘material handling equipment’ yang terletak di Osaka, Jepun.

Okudaya Giken Co Ltd ditubuhkan pada tahun1934 dan mahir dalam bidang“hydraulic lifting systems”. Dalam tahun 1964 pada pertama kalinya ia telah menngendalikan pengeluaran secara besar-besaran ‘Hand Pallet Trucks’ di Jepun. Dalam mengejar kecermelangan, Okudaya Giken Co. Ltd. telah berjaya memperolehi sijil ISO 9001 pada tahun 2001 dan sijil ISO 14000 pada tahun 2004. Selain daripada kemajuan kemudahan di Jepun dan Malaysia, pejabat-pejabat jualan didirikan di seluruh Jepun, China dan Malaysia. Dengan pengalaman yang melebihi 70 tahun , pelanggan-pelanggan boleh berharap untuk dilengkapi dengan proses penyelesaian “material handling” yang menyeluruh..

OPK Inter-Corporation telah didaftar dengan rasminya di Malaysia pada 22hb October 1994 dan mula beroperasi pada tahun 1996 dengan kurang daripada 10 pekerja. Pada masa kini, kami mempunyai sepasukan pekerja berdedikasi yang merangkumi lebih daripada 50 pekerja yang mahir dalam pengeluaran “Lift Tables, Drum Handling Equipments, Hydraulic Stackers, Hand Pallet Trucks,
Hand Trolleys, Insect Traps (Mushipon) dan lain-lain, terutama untuk pasaran luar negara. Kami berusaha seberapa daya untuk membekalkan pelanggan kami dengan sebuah tempat kerja yang selamat dan cekap serta penjimatan masa dan perbelanjaan. Selaras dengan iltizam kami terhadap mutu, OPK Inter-Corporation Sdn Bhd telah memperolehi pensijilan ISO 9002 pada tahun 2000, pensijilan semula ISO 9001 pada tahun 2002 dan pensijilan ISO 14001 pada tahun 2007. Keyakinan diberi kepada pelanggan kami terhadap mutu dan jaminan pada tahap yang tertinggi untuk barang pengeluaran kami dalam bentuk piawai dan tempahan khas.

OPK Marketing Services Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai peneraju pasaran kepada OPK Inter-Corporation Sdn Bhd untuk pengembangan perniagaan di pasaran dalam negeri. Bersamaan dengan pasukan R & D kami yang berpengalaman, kami membekalkan perundingan dan cara penyelesaian yang tepat. Khususnya, kami mereka pelbagai bahan aliran metodologi yang sesuai untuk keperluan yang khusus. Tiga cawangan ditubuhkan di bahagian tengah dan selatan iaitu OPK Marketing Services (PJ) Sdn Bhd pada tahun 2004 dan OPK Marketing Services (Johor) Sdn Bhd pada tahun 2005 untuk manyalurkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami yang berada di pelbagai kawasan industrial yang kukuh. Untuk memastikan operasi pelanggan kami berjalan dengan lancar, kami mempunyai satu pasukan penyelenggara yang berkesan yang selalu bersedia untuk membekalkan perkhidmatan menyeluruh untuk khidmat selepas jualan dan penyelenggaraan yang bermutu.

“Let Our Products Present Happiness to the People” ialah mutu matlamat syarikat kami yang bermaksud kami membekalkan cara penyelesaian yang terbaik, barangan yang bermutu tinggi dan penghantaran mengikut jadual kepada pelanggan-pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai pejabat-pejabat kami di luar Negara, sila layari laman web yang berikut:-

Ibu Pejabat dan Kilang Jepun:
www.opk.co.jp

Kronologi Pertubuhan Syarikat

Pejabat

Tahun Pertubuhan

Okudaya Giken Co. Ltd

1934

OPK Inter-Corporation Sdn Bhd

1994

OPK Marketing Services Sdn Bhd

1997

OPK Marketing Services (PJ) Sdn Bhd

2004

OPK Marketing Services (Johor) Sdn Bhd

2005

OPK Changzhou Co., Ltd.

April.2006

OIC Factory Address

OIC-address
Address:

Lot No 21A, Jalan Bunga Tanjung 2,
Senawang Industrial Park
,

Postal Code: 70400
Town: Seremban
State: Negeri Sembilan
Country: Malaysia
Telephone: 606-678 0058, 678 0054
Fax: 606-678 0063
Email:
infoopk@gmail.com

OIC Factory Map

google-maps-icon
How to get to
OIC Factory

(click icon)



ISO-logo